A-Z Tentang Solat Dhuha

doa-solat-dhuha

Foto Kredit: www.fimadani.com

Solat Dhuha adalah salah satu daripada solat-solat sunat yang dianjurkan di dalam agama Islam. Persoalan mengenai apa itu solat dhuha, hukum, dalil, waktu mengerjakan, kelebihan, doa solat dhuha dan beberapa persolan-persoalan lain yang sering kali menjadi kekeliruan di kalangan umat islam akan dibahaskan di sini. Tidak ketinggalan juga, keutamaan mengerjakannya di dalam kehidupan seorang muslim akan turut diterangkan di dalam panduan ini.

Seterusnya, akan disyorkan juga rujukan dari buku-buku berkaitan solat dhuha dan video yang baik untuk ditonton sebagai memberi lebih kefahaman mengenai ibadah sunat ini.

Takrif Solat Dhuha

Dari segi Bahasa, duha adalah matahari atau cahaya matahari.

Manakala dari sudut syarak, solat dhuha adalah solat yang dilakukan pada waktu matahari baru terbit.

Hukum

Sunat iaitu perbuatan yang dituntut melakukannya tanpa kemestian. Boleh rujuk pengertian sunat yang lengkap di sini.

Dalil

dalil-solat-dhuha

Waktu Solat Dhuha

Bermula dari terbit matahari kadar segalah (7 hasta) dengan sempurna hingga matahari tergelincir.

Waktu paling baik untuk solat dhuha adalah 1/4 waktu siang iaitu lebih kurang jam 10 pagi.

Click to Tweet

Bilangan Rakaat

Paling kurang = 2 rakaat.

Boleh dilakukan = 4 atau 6 rakaat.

Paling banyak dan sempurna = 8 rakaat

Terdapat juga pendapat yang mengatakan = 12 rakaat

Lafaz Niat

lafaz-niat-solat-dhuha

Surah Yang Dibaca

Kaedah 1

Kaedah 2

Doa Dhuha

doa-dhuha

Sebagai alternatif, kumpulan nasyid UNIC telah mencipta sebuah lagu yang mengadaptasi doa solat dhuha dalam bahasa arab dan bahasa melayu.

Anda boleh tonton video ini di YouTube atau dapatkan album mereka di sini.

Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka

Wal Bahaa-A Bahaa-Uka

​Wal Jamaala Jamaaluka

Wal Quwwata Quwatuka

Wal Qudrata Qudratuka

Wal Ishmata Ishmatuka

Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu

Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu

Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu

Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu

Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu

Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika

Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika

Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin

Ya Allah

Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU

Kecantikannya KecantikanMU

Keindahannya KeindahanMU

Kekuatannya KekuatanMU

Kekuasaannya KekuasaanMU

Perlindungannya PerlindunganMU

Ya Allah

Jika rezeki masih di langit, turunkanlah

Jika di bumi, keluarkanlah

Jika sukar, permudahkanlah

Jika haram, sucikanlah

Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha

KecantikanMU, keindahanMU

KekuatanMU, kekuasaanMU

Limpahkan kepadaku segala

Yang Engkau telah limpahkan

Kepada hamba-hambaMU yang soleh

Buku Berkaitan Solat Dhuha

Terdapat beberapa buku yang disyorkan berkaitan solat-solat sunat seperti di bawah yang mana ditulis oleh tokoh-tokoh agamawan antaranya adalah  Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Dr. Udah Mohsin dan Dato' Dr. Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid. Ia adalah buku-buku yang berkualiti mengenai solat-solat sunat seperti solat dhuha, solat hajat, solat tahajjud dan sebagainya.

Amat disyorkan disini adalah buku Ensiklopedia Solat yang merupakan salah satu buku solat-solat sunat yang telah mendapat Anugerah Buku Negara di mana ia juga disertai dengan kata pengantar oleh Datuk Haji Md. Hashim Yahaya iaitu Mantan Mufti Wilayah Persekutuan.

Kuliah Solat Dhuha Di YouTube

Terdapat banyak video di YouTube sebagai alternatif untuk menambahkan kefahaman kita tentang solat dhuha.

Salah satu video yang dipaparkan di bawah adalah rakaman kuliah dari Dr. Abdul Basit Abdul Rahman yang sangat baik untuk ditonton untuk mendapatkan lebih kefaham tertang solat dhuha. Ia adalah merujuk kepada kitab Riyadhus Salihin karangan Iman An-Nawawi.

Bonus: dibawah setiap video disediakan juga nota kuliah yang berkaitan dengan solat dhuha.

Nota Kuliah Berkaitan Solat Dhuha: Track 4:05 - 8:00

  • Dari hadith riwayat Abu Dzar R.A dari Rasullullah SAW mengenai kelebihan solat sunat dhuha. (Rujuk hadith di atas)
  • Setiap sendi yang ada pada manusia adalah sedekah. Setiap Tasbih (subhanallah), Tahmid (alhamdulillah), Tahlil (lailahaillallah), Takbir (allahuakbar), Amar Makruf & Nahi Munkar kesemuanya adalah sedekah. Semua ini terpenuhi dengan mengerjakan solat dhuha sebanyak 2 rakaat.
  • Solat dhuha adalah solat syukur kepada Allah swt.
  • Ada 360 sendi di tubuh manusia, untuk membayar kesyukuran kepada setiap nikmat tubuh badan kepada Allah adalah dengan dengan melakukan 2 rakaat solat dhuha.
  • Solat dhuha bukanlah solat murah rezeki bahkan solat dhuha sebenarnya adalah solat syukur kepada Allah yang memberikan rezeki untuk nikmat tubuh badan manusia.
  • Ada 360 sendi di tubuh manusia, untuk membayar kesyukuran kepada setiap nikmat tubuh badan kepada Allah adalah dengan dengan melakukan 2 rakaat solat dhuha.

Nota Kuliah Berkaitan Solat Dhuha: 0:01 - 10:04

  • Dari hadith riwayat Abu Dzar R.A dari Rasullullah SAW mengenai kelebihan solat sunat dhuha. (Rujuk hadith di atas)
  • Menjadi tanggungjawab di atas setiap sendi manusia untuk melakukan sedekah setiap pagi sebagai tanda syukur kepada Allah swt. 
  • Di dalam tubuh badan manusia ada banyak sendi seperti di tangan, siku, lutut, pinggang, kaki dan sebagainya yang membolehkan manusia bergerak.
  • Maka, setiap Tasbih (subhanallah), Tahmid (alhamdulillah), Tahlil (lailahaillallah), Takbir (allahuakbar), Amar Makruf & Nahi Munkar kesemuanya adalah sedekah.
  • Amar Makruf adalah menyurah orang berbuat kebaikan. Manakala Nahi Munkar adalah mencegah orang berbuat kejahatan.
  • Kebanyakan orang mengaitkan solat dhuha dengan murah rezeki dan seperti memberikan syarat kepada Allah swt kepada sesuatu ibadah tertentu dengan mengharapkan balasan. Sepatutnya, setiap ibadah yang dibuat adalah sebagai tanda kehambaan.
  • Rakaat pertama dibaca surah al-Syam dan rakaat kedua dibaca surah al-Duha atau membaca surah al-Duha pada rakaat pertama dan rakaat kedua al-Kafirun atau membaca surah al-Kafirun diikuti pada rakaat kedua membaca surah al-Ikhlas. Jika tidak juga mampu, memadai dengan hanya membaca surah al-Fatihah.

Soal Jawab

Soalan: Bilakah waktu afdal solat sunat dhuha?

Jawapan: Waktu sah solat dhuha adalah sehingga waktu Zuhor. Manakala waktu afdal adalah dari jam 8.30 - 10.00 pagi.

Kesimpulan

Perkara

Takrif

Hukum

Waktu

Bilangan Rakaat

Solat Dhuha

Dari sudut bahasa, matahari atau cahaya matahari.

Manakala dari segi syarak, solat dhuha adalah solat yang dilakukan pada waktu matahari baru terbit.

Sunat

Bermula dari terbit matahari kadar segalah (7 hasta) dengan sempurna hingga matahari tergelincir.

Boleh dilakukan 2 hingga 12 rakaat 

Akhir sekali, marilah sama-sama kita perhatikan petikan salah satu ayat dari buku Magnet Rezeki Dengan Solat Duha yang dapat menyedarkan kita agar membetulkan niat untuk melakukan solat dhuha bukan semata-mata mengharapkan rezeki, tetapi yang lebih penting adalah sebagai ibadah kepada Allah.

Muhammad Mokhtar Petikan Dari Buku Magnet Rezeki Dengan Solat Duha

Solat dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki. Namun kita perlu menyedari solat dhuha dilakukan bukan semata-mata mengharapkan rezeki. Dengan solat dhuha, seseorang dapat menambah ibadah solat wajibnya dengan solat sunat dan mendekatkan diri kepada Allah. Apa yang jelas, solat dhuha menambahkan amal soleh.

Rujukan: 

  • Riyadhus Shalihin, terbitan Insan Kamil
  • Bijak Solat, terbitan inteam Publishing
Eryna Elysha
 

Eryna Elysha adalah blogger separuh masa yang ada visi untuk kongsi ilmu melalui medium digital seperti website dan sosial media. Ia sebagai salah satu cara untuk beri manfaat kepada orang lain dengan harapan supaya menjadi bekalan pahala menuju akhirat.

Click Here to Leave a Comment Below 0 comments