A-Z Tentang Solat Hajat

solat-hajat

Setiap insan di dunia ini sudah pasti mempunyai hajat di dalam hatinya, samada keinginannya itu adalah untuk memiliki sesuatu atau dia mengharapkan pertolongan ketika melalui saat-saat sukar di dalam hidupnya.

Solat Hajat merupakan salah satu cara yang dianjurkan di dalam agama islam untuk seseorang insan itu memohon agar keperluannya didengar serta mengharapkan Allah memperkenankannya.

Takrif Solat Hajat

Dari segi Bahasa, keperluan atau memohon sesuatu.

Hukum

Sunat, dengan disepakati semua ulama.

Dalil

Waktu Solat Hajat

Dikerjakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Bilangan Rakaat

Khilaf di kalangan ulama, Mazhab Syafi'i berpegang kepada pendapat bahawa solat hajat adalah 2 rakaat.

Lafaz Niat

lafaz-niat-solat-hajat

Surah Yang Dibaca

  • Rakaat pertama: Ayat Kursi (Surah al-Baqarah: 255)
  • Rakaat kedua: Surah al-Ikhlas

Amalan Selepas Solat Hajat

amalan-selepas-solat-hajat

Cara Solat Hajat

1. Niat ketika takbiratulihram

2. Membaca surah al-Fatihah

3. Membaca ayat Kursi

4. Rukuk

5. Iktidal

6. Sujud

7. Duduk antara dua sujud

8. Sujud kedua

9. Bangun untuk rakaat kedua

10. Membaca surah al-Fatihah

11. Membaca surah al-Ikhlas

12. Rukuk

13. Iktidal

14. Sujud

15. Duduk antara dua sujud

16. Sujud kedua

17. Duduk tawaruk

18. Membaca tahiyat akhir

19. Memberi salam

20. Doa (bagi yang melakukan 2 rakaat), tetapi bagi yang melakukan solat 12 rakaat, hendaklah ia sujud selepas salam dan berdoa dalam sujudnya.

Buku Berkaitan Solat Hajat

Klik sini untuk senarai lengkap buku-buku solat sunat yang disyorkan.

Kesimpulan

Perkara

Takrif

Hukum

Waktu

Bilangan Rakaat

Solat Hajat

Dari segi Bahasa, keperluan atau memohon sesuatu.

Sunat

Dikerjakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Khilaf di kalangan ulama, Mazhab Syafi'i berpegang kepada pendapat bahawa solat hajat adalah 2 rakaat.

Rujukan:

  • Ensiklopedia Solat, terbitan Telaga Biru
  • Bijak Solat, terbitan inteam Publishing
  • Solat Sunat Pilihan (Edisi Kemas Kini), terbitan Telaga Biru
Eryna Elysha
 

Eryna Elysha adalah blogger separuh masa yang ada visi untuk kongsi ilmu melalui medium digital seperti website dan sosial media. Ia sebagai salah satu cara untuk beri manfaat kepada orang lain dengan harapan supaya menjadi bekalan pahala menuju akhirat.

Click Here to Leave a Comment Below 0 comments