A-Z Tentang Solat Tahajud

solat-tahajud

Image Kredit: www.duniaq.com

Solat tahajud adalah salah solat sunat yang paling diutamakan setelah solat fardu seperti yang dinyatakan oleh Nabi SAW di dalam hadis shahih.

A-Z tentang solat tahajud akan membicarakan semua perkara yang anda ingin tahu tentang ibadah ini dengan terperinci.

Takrif Solat Tahajud

Dari segi bahasa, tidur atau meninggalkan tidur. Manakala dari segi istilah, solat sunat yang dikerjakan solat selepas isyak setelah bangun dari tidur. Ia juga disebut qiamullail.

Hukum

Sunat muakkad, disepakati oleh semua ulama. Walaubagaimanapun, mereka sangat menitikberatkan amalan tersebut kerana kelebihan dan fadilatnya yang sangat banyak.

Dalil

dalil-solat-tahajud

Bilangan Rakaat

Tidak ditentukan bilangan rakaatnya. Ia dikerjakan sebanyak sekurang-kurangnya sebanyak 2 rakaat dan dilakukan sebanyak yang termampu.

Solat Tahajud tidak ditentukan bilangan rakaatnya. Ia dikerjakan sekurang-kurangnya 2 rakaat dan dilakukan sebanyak yang termampu.

Click to Tweet

Lafaz Niat

lafaz-niat-solat-tahajud

Surah Yang Dibaca

  • Rakaat pertama: al-Fatihah, kemudian membaca sebarang surah
  • Rakaat kedua: al-Fatihah, kemudian membaca sebarang surah

Doa Solat Tahajud

doa-solat-tahajud

Cara Solat Tahajud

1. Niat ketika takbiratulihram.

​2. Membaca surah al-Fatihah.

3. Membaca sebarang surah.

4. Rukuk.

5. Iktidal.

6. Sujud.

7. Duduk antara dua sujud.

8. Sujud kedua.

9. Bangun untuk rakaat kedua.​

10. Membaca surah al-Fatihah.

11. Membaca sebarang surah.

12. Rukuk.

13. Iktidal.

14. Sujud.

15. Duduk antara dua sujud.

16. Sujud kedua.

17. Duduk tawaruk.

18. Membaca tahiyat akhir.

19. Mengucap salam.

20. Doa.​

Kelebihannya

Di bawah adalah antara kenyataan ulama mengenai qiamullail:

Hasan al-Basri berkata, "Aku tidak mendapati mana-mana ibadat yang lebih payah daripada solat pada tengah malam." Ditanya kepadanya, "Bagaimana keadaan ahli tahajud yang muka mereka sangat bersih? Jawabnya, "Kerana mereka berkhalwat dengan Tuhan yang Rahman, lantas dipakaikan kepada mereka daripada cahaya-Nya."

Abu Sulaiman al-Darani berkata, "Ahli qiamullail pada malam mereka lebih lazat daripada ahli lagha dalam kelalaian mereka dan kalaulah tidak kerana malam nescaya aku tidak suka untuk kekal di dunia ini."

Al-Dahhaq berkata, "Aku dapati kaum yang malu kepada Allah SAW pada kegelapan malam kerana banyaknya tidur."

Sebab-Sebab Mudah Berqiamullail

Merujuk kepada kitab Mukhtasar al-Qashidin karangan Ibn Qudamah, terdapat dua syarat supaya memudahkan qiamullail iaitu zahir dan batin.

1. Sebab-sebab Zahir

  • Tidak makan terlalu banyak.
  • Tidak letih iaitu jangan berpenat pada siang hari.
  • Tidur qailullah pada siang hari.

2. Sebab-sebab Batin

  • Menjauhkan dosa.
  • Menghindarkan diri dari berprasangka buruk kepada sesama muslim.
  • Menjauhkan diri daripada amalan bidaah.
  • Berpaling daripada kelebihan dunia.
  • Mengetahui kelebihan qiamullail.

Buku Berkaitan Solat Tahajud

Klik sini untuk senarai lengkap buku-buku solat tahajud yang disyorkan.

Kuliah di Youtube

Nota Kuliah Berkaitan Solat Tahajud - Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.

Track 0:29 - 2:16

  • Solat tahajud adalah solat yang dilakukan setelah seseorang rehat (tidur) di waktu malam. Mengikut pengertian, tahajud bermaksud seseorang yang memaksa dirinya untuk bangkit dari tidur untuk melalukan solat.
  • Adapun, solat yang dilakukan sepanjang malam tanpa tidur dinamakan solatullail atau solat malam.

Soal Jawab

Soalan: Bolehkah solat tahajud 4 rakaat dan 1 salam?

Jawapan: Solat sunat boleh dilakukan 4 rakaat tanpa tahiyat awal, hukumnya adalah sah. Lebih afdal adalah dengan disertakan tahiyat awal. Walaubagaimanapun, solat malam lebih afdal dilakukan 2 rakaat disambung 2 rakaat dan seterusnya.

Klik sini untuk menonton video kuliah di atas oleh Ustaz Azhar Idrus.

Soalan: Bolehkah solat tahajud dilakukan hampir masuk solat subuh?

Jawapan: Boleh. Kerana habis waktu tahajud menurut pandangan setengah ulama adalah apabila masuknya waktu fajar. Walaubagaimanapun, waktu paling afdal mengerjakan solat tahajud adalah 2/3 malam (3.00 pagi)

Klik sini untuk menonton video kuliah di atas oleh Ustaz Azhar Idrus.

Carian Berkaitan Di Web

https://siraplimau.com/cara-solat-tahajjud-yang-betul-mudah

Kesimpulan

Perkara

Takrif

Hukum

Waktu

Bilangan Rakaat

Solat Tahajud

Dari segi bahasa, tidur atau meninggalkan tidur. Manakala dari segi istilah, solat sunat yang dikerjakan solat selepas isyak setelah bangun dari tidur. Ia juga disebut qiamullail.

Sunat muakkad

Dikerjakan selepas solat isyak setelah bangun dari tidur

Tidak ditentukan bilangan rakaatnya.

Rujukan:

  • Bijak Solat, terbitan inteam Publishing

Reply