Doa Qunut Serta Sujud Sahwi Lengkap Bersama Dalil Dan Terjemahan

doa-qunut

Foto Kredit: flickr/Ikatan Muslimin Malaysia

Sunat

Sebelum membicarakan lebih lanjut mengenai doa qunut, akan dinyatakan disini secara ringkas pengertian sunat dan pembahagiannya.

Pengertian Sunat

Sunat ialah perbuatan yang dituntut melakukannya tanpa kemestian. Walaubagaimanapun yang melakukannya diberi pahala dan yang meniggalkannya pula tidak berdosa.

Sunat Ab’ad

Perkara sunat dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu sunat sebelum sunat, sunat semasa solat dan sunat selepas solat. Sunat Ab’ad adalah termasuk di dalam salah satu di dalam sunat semasa solat seperti di bawah:

Sunat

Nama Sunat

Semasa Solat

1. Sunat Ab’ad

i. Tasahhud awal

ii. Berselawat ke atas nabi selepas tasahhud awal

iii. Duduk bagi tasahhud awal

iv. Berselawat ke atas selawat nabi selepas tasahhud akhir

v. Membaca qunut

Doa Qunut

Membaca qunut adalah dilakukan semasa i'tidal dalam rakaat yang kedua ketika solat subuh dimana ianya adalah termasuk dalam sunat Ab'ad. 

Walaubagaimanapun, para imam dan ulama mazhab berbeza pendapat megenai perlaksanaannya. Penjelasan mengenai doa qunut dan sujud sahwi ini adalah merujuk kepada mazhab Syafie.

Definisi

Perkataan qunut adalah berasal dari kata nama "Qanata' yang bermaksud patuh dalam mengabdi (kepada Allah)

Dalil Mengenainya

Imam Al-Shafie rahimahullah menerusi kitabnya iaitu Al-Fiqh Al-Manhaji, iaitu kitab fekah mazhab Syafie, jilid yang pertama mengenai sunat-sunat dalam solat dalam membicarakan soal qunut menyatakan bahawa hukum membaca qunut adalah sunat Ab'adh yang mana jika tertinggal perlu diganti dengan sujud sahwi pada akhir solat.

al-fiqh-al-manhaji

Menurut mazhab Syafie, hukum membaca qunut adalah sunat Ab'ad yang mana jika tertinggal perlu diganti dengan sujud sahwi pada akhir solat.

Click to Tweet

Berdasarkan hadith dari Anas RA, dia telah ditanya:

dalil-qunut

Sunat qunut dengan memuji Allah dan berdoa dengan sebarang lafaz yang diigini, tetapi yang lebih baik adalah membaca doa qunut yang datang dari Rasullullah SAW seperti teks bacaan di bawah.

Berdasarkan hadith di bawah daripada al-Hassan bin Ali R.Anhuma, katanya Rasullullah SAW mengajarku beberapa doa yang aku membacanya semasa solat Witir seperti di bawah.

Teks Bacaan Berserta Terjemahan

doa-qunut

Sunat Ditambah Selawat Selepas Doa Qunut

Para ulama' mengatakan sunat ditambah dalam doa qunut untuk berselawat ke atas Nabi SAW selepas doa dan zikir berdasarkan beberapa hadith sahih tentangnya.

dalil-qunut-selawat

Sunat bagi imam membaca doa qunut di atas dengan lafaz jama' (ramai), sunat juga mengangkat kedua-dua belah tangan ketika membaca doa qunut dengan menadah kedua-dua tapak tangan.

Sujud Sahwi

sujud-sahwi-flickr

Foto Kredit: flickr/zafry halim

Definisi

Dari segi bahasa, sahwi bermaksud lupa atau lalai akan sesuatu, manakala yang dimaksudkan dengan sahwi di sini adalah kecacatan solat yang dilakukan seseorang ketika bersolat samada disengajakan atau terlupa. Sujud sahwi yang dilakukan akan menjadi penutup kepada kecacatan tersebut.

Sebab dan Hukum Sujud Sahwi

Sebelum membicarakan tentang cara sujud sahwi, marilah terlebih dahulu memahami bahwa sebab sujud sahwi adalah meninggalkan salah satu daripada sunat Ab'adh seperti qunut.

​Hukum sujud sahwi adalah sunat dan tidak membatalkan solat apabila tidak melakukannya.

​Hukum sujud sahwi adalah sunat dan tidak membatalkan solat apabila tidak melakukannya.

Click to Tweet

Dalil Mengenainya

dalil-sujud sahwi
dalil-sujud sahwi-kedua

Cara Sujud Sahwi Yang Lengkap

​Selain rujukan video di YouTube seperti dibawah oleh Ustaz Don Daniyal, pembaca boleh melawati laman web ini tentang cara sujud sahwi yang lengkap untuk kefahaman yang lebih baik.

Rujukan Video di YouTube

Terdapat banyak kuliah di YouTube mengenai doa qunut dan sujud sahwi yang dapat menambahkan kefahaman pembaca tentang ibadah tersebut. Antara video yang disyorkan adalah seperti berikut:

Kesimpulan

Untuk memberikan kefaman yang lebih jelas, dibawah adalah kesimpulan yang telah dibuat dalam bentuk jadual.

Perkara

Definisi

Hukum

Sebab

Cara & Waktu

Doa Qunut

Berasal dari kata nama "Qanata' yang bermaksud patuh dalam mengabdi (kepada Allah)

Sunat Ab’ad

Rujuk dalil di atas mengenai perlaksanaannya

Membaca doa qunut yang datang dari Rasullulah SAW dan ia dilakukan semasa i'tidal dalam rakaat yang kedua ketika solat subuh.

Sujud Sahwi

Lupa atau lalai akan sesuatu, manakala yang dimaksudkan dengan sahwi di sini adalah kecacatan solat yang dilakukan seseorang ketika bersolat samada disengajakan atau terlupa. Sujud sahwi yang dilakukan akan menjadi penutup kepada kecacatan tersebut.

Sunat

Meninggalkan salah satu sunat Ab’ad antaranya adalah Doa Qunut

Sujud sebanyak dua kali sebagaimana sujud-sujud solat dengan niat sujud sahwi. Ianya dilakukan pada akhir solat sebelum salam.

Rujukan: Kitab fekah Mazhab Syafie iaitu Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji (Jilid 1) karangan Imam As-Syafie, terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Imer Imran
 

Imer Imran adalah blogger separuh masa yang ada visi untuk kongsi ilmu melalui medium digital. Ia sebagai salah satu cara untuk beri manfaat kepada orang lain dengan harapan supaya menjadi bekalan pahala menuju akhirat.

Click Here to Leave a Comment Below 0 comments